Sunday, December 21, 2008

Movie..



Smlm.. tgk midnite filem HISTERIA... asalnya aku nak g tgk hr nie... ngan adik aku yg no 3 n 4 tp smlm tup2 adik lelaki aku cl n ty nak join x dia ngan wife dia nak g tgk HISTERIA.. so pe laie.. trs aarr bersetuju.. dlm kul 10 dtg jmpt kami .. movie start kul 11.20 mlm... kami sampai @ Jusco Balakong dlm kul 11mlm.. trs membeli belah popcorn n trs msk..
Mula2 agak slow cite ni.. bosan gak.. tp mkn lama mkin best.. x de laa seram sgt tp tak laa rugi tgk movie nie..


Sipnopsis

‘Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental. Apakah yang sebenarnya berlaku? Benarkah Murni yang membunuh? Saksikan dalam ‘Histeria’….

No comments:

Post a Comment